2019年10月20日星期日

Berkenaan dengan maruah

Tahukah anda, pindaan Perlembagaan Malaysia boleh dilakukan dan telah dilakukan?



Kepada sesiapa yang merasa Kongres Maruah Melayu adalah tidak bersifat perkauman dan wajar diadakan dalam negara yang berbilang kaum, jikalau rakyat Malaysia yang tidak berbangsa Melayu juga mengadakan Kongres Maruah Rakyat yang Bukan Melayu, adakah anda akan menerima cadangan-cadangan secara hati terbuka seperti apa yang anda mohon mereka menerima?


  1. Sekolah vernakular dikekalkan, malah, sekolah agama dibubarkan, tetapi Pendidikan Islam boleh diajar sebagai subjek elektif.
  2. MARA menerima pelajar dalam golongan B40 tanpa mengira bangsa dan agama.
  3. Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa rasmi dan mesti digunakan untuk urusan rasmi, tetapi bahasa lain boleh digunakan bersama.
  4. Jawatan penting seperti perdana menteri, ketua hakim negara dan lain-lain layak untuk warganegara Malaysia.
  5. Pengecualian bayar balik PTPTN untuk sesiapa yang mendapat Ijazah Pertama dan dalam golongan B40 tanpa mengira bangsa dan agama.
  6. UEC diiktiraf, tetapi sama ada bertaraf A-Level boleh diuji dan dibincang.


Jika bangsa Melayu memang ditindas dan miskin seperti yang anda menyangka, masih bangsa Melayu akan mendapat kebanyakkan bantuan jika kerajaan mengutamakan golongan B40. Dengan mengutamakan hanya bangsa Melayu sahaja, sejarah telah membuktikan bahawa polisi telah disalah gunakan oleh Melayu yang tidak memerlukan bantuan. Adakah 6 cadangan dikira sebagai perkauman? Atau mengutamakan bangsa Melayu tidak dikira sebagai perkauman? Mohon jelaskan dan saya sudi mendengar.
 
Walaupun saya tidak bersetujui Tweet tersebut, namun saya menghormati kebebasannya bersuara.


Semenanjung Malaysia dulu diketahui sebagai Tanah Melayu, sebelum merdeka. Kemerdekaan didapatkan bukan kerana tolak ansur bangsa Melayu sahaja, tetapi semua bangsa mengusahakannya dan bertoleransi antara satu sama lain. Sekian.


没有评论:

发表评论