Kepada:
Rakyat Malaysia
Saya hanya seorang insan yang biasa, juga membuat keputusan
yang salah kadang kala. Namun, saya bercita-cita tinggi untuk menyedarkan orang
ramai, supaya perjuangan yang tidak mengira kaum, bangsa, mahupun agama untuk
kemerdekaan yang sering terdengar sejak kecil-kecil lagi dapat direalisasikan
sebagai kerjasama demi kesejahteraan dan kemajuan negara.
Saya bukan seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat seperti
pemimpin negara, artis terkenal, bahkan seorang pendidik yang bertanggungjawab.
Apa yang saya mampu, adalah mengurangkan niat buruk saya apabila terlibat
dengan orang yang mempunyai identiti yang berbeza, dan cuba memahami pemikiran
mereka. Oleh itu, saya menyediakan surat ini dalam Bahasa Melayu, kerana saya
memahami semangat “bahasa jiwa bangsa” dalam kalangan mereka.
Saya pernah bersifat perkauman seperti yang apa segelintir ahli
politik yang sering gemar mengheboh-hebohkan. Masa itu saya masih bersekolah dalam
sekolah menengah kebangsaan, yang sering dianggap sebagai usaha memupuk
persefahaman antara kaum apabila ahli politik bercerita tentang pendidikan.
Kononnya saya sepatutnya tidak bersifat perkauman, tetapi itulah masa yang pemikiran
tentang perkauman yang paling jelas dan tidak menyedar bahawa saya yang bersifat
perkauman walaupun sentiasa mengadu kerajaan tidak adil.
Disebabkan saya bertegas pada prinsip iaitu “menghormati
orang lain jikalau ingin dihormati”, saya cuba seribu daya untuk menghapuskan persepsi
buruk pada kaum atau agama lain. Sedangkan kebolehan saya sangat terhad, apa yang
saya boleh lakukan adalah bermula daripada diri sendiri. Saya ingin memahami apa
masalah yang dihadapi oleh orang lain. Saya ingin memahami apa persepsi orang
lain atas kaum-kaum yang berbeza. Saya berpendapat bahawa persefahaman antara satu sama lain
bermula daripada komunikasi yang berkesan, tidak semestinya salah satu pihak
mesti berundur, mesti melupakan atau membuang identiti kaum sendiri seperti yang didapati di negara lain (namun perkauman
di negara tersebut lagi dahsyat). Sebagai contoh, kaum Cina boleh fasih dengan
Bahasa Melayu manakala kaum Melayu boleh belajar berbahasa Cina.
Saya sentiasa terasa tersinggung apabila didapati orang yang
menganggap Malaysia sebagai Tanah Melayu. Inilah tanah air kita, kenapalah perlu membahagikan bumi yang
sama dipijak kepada kaum tertentu sedangkan ini bukan tanah persendirian tetapi
awam. Tanah Melayu sudah menjadi sejarah, sama juga Amerika Syarikat
tidak lagi kepunyaan Indian Amerika tetapi miliki warganegaranya, sama juga
Afrika Selatan, Austrilia, dan banyak lagi negara lain yang berbilang kaum yang
berasal usul dari tempat yang berbeza-beza. Semasa Malaysia diisytiharkan sebagai
negara miliki suatu kaum sahaja, warganegara lain akan berasa sumbangan nenek
moyang, ibu bapa, dan sendiri telah dilupakan, bak kata pepatah, seperti kacang
lupakan kulit.
Malaysia tidak lagi Malaysia jikalau tiada perjuangan antara
kaum. Jika kita sering menganggap kaum Melayu berbesar hati melindungi kaum
lain, memberikan peluang kepada kaum lain, dan sekarang dibuli oleh mereka,
kita akan sentiasa hidup dalam gila ketakutan. Saya mengenal jasa kaum Melayu
semasa perjajahan Jepun dan darurat disebabkan Parti Komunis Malaya (PKM),
namun, saya juga mengetahui bahawa Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang tertipu oleh
tentera Jepun dan akhirnya Tanah Melayu dijajah oleh tentera Jepun yang zalim. Segelintir
orang Melayu memaki PKM, sehinggalah termasuk kaum Cina walaupun bukan semua
kaum Cina ialah PKM pada masa itu, dan kebanyakkan kaum Cina tidak berkongsi ideologi
yang sama lagi sekarang. Namun, tiada satu kalipun saya terdengar orang Cina
yang memaki KMM (saya tidak mengecualikan
kemungkinan banyak orang Cina sudah melupakan KMM sebagai salah satu faktor penjajahan
Jepun berlaku). Sekiranya kita sentiasa mengingati salah laku orang lain, bagaimanakah
kita bersatu padu?
Apa lagi Cina mau? Sebenarnya orang Cina pun tidak faham
orang Melayu dan terasa menjerit “apa lagi Melayu mau/tak mau”. Banyak orang
Cina berasa tersekat sehingga hari ini. Bukannya mereka tidak mengenang budi/jasa,
tetapi mereka berasa dipandang remeh. Saya mencadangkan perjelasan dibuat
secara hati yang terbuka. Sikap mengutuk orang lain tidak akan membantu apa-apa,
hanya akan memburukkan situasi. Senang mengutuk, susah menyakinkan.
Dengan inilah saya mengakhiri surat saya. Semoga perjuangan
demi tanah air tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama akan berlaku lagi pada
masa depan. Sekian.
没有评论:
发表评论