Adalah sangat
dukahati bahawa sesetengah Netizen Melayu menyeru semua warganegara Malaysia
yang berbangsa Melayu supaya boikot barangan yang diperbuat daripada syarikat
yang bukan pemilik Melayu, dan melambang semua syarikat tersebut dimiliki oleh
Parti Tindakan Demokratik (DAP), secara langsungnya menyebarkan kebencian dalam
kalangan rakyat.
Kenapa berasa sedih? Walaupun saya juga tidak suka DAP,
tetapi tidak semestinya setiap perkara yang dibuat oleh mereka adalah salah.
Malah, hanya atas
sebab syarikat dimiliki oleh kaum Cina, tidak semestinya syarikat tersebut
merupakan harta benda DAP. Perbuatan melambang mereka sebagai DAP hanya
menunjukkan sendiri hanya seorang yang bersifat perkauman. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan orang ramai
supaya menyokong perbuatan bumiputera
(atau dalam konteks ini, kaum Melayu, tetapi bukan bangsa lain yang berstatus
bumiputera). Sebagai contoh, mereka boleh menyeru supaya orang
ramai menyokong produk bangsa Melayu, tanpa diskriminasi atas produk bangsa
lain. Perbuatan
tersebut akan mengurangkan wujudnya kebencian yang telah terlampau banyak dalam
Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa kita mempunyai hak bersuara, dan menyeru
untuk boikot barang bangsa lain adalah tidak salah daripada segi undang-undang.
Namun, adakah Tuhan atau dewa agama masing-masing akan gembira apabila
penganutNya bersifat kebencian dan perkauman?
Selain itu, dengan
boikot syarikat pemilik bukan Melayu, kemungkinan besarnya pemilik bukan Melayu
masih kaya tetapi pekerja Melayu syarikat tersebut dipecat kerana cawangan
terpaksa tutup atau pengeluaran dikurangkan. Netizen Melayu tersebut
menyeru boikot atas McD. Sebelum ini, McD diseru untuk boikot atas sebab Trump,
sekarang atas sebab DAP. Apabila kita melawat McD di Malaysia, adakah bangsa
Cina yang bekerja dalam? Kebanyakkan adalah bangsa Melayu. Secara tidak langsung, matlamat membantu bangsa Melayu Netizen
Melayu tersebut tidak ditemui. Kemajuan negara bukan berdasarkan
permainan jumlah sifar (zero-sum game).
Sebaliknya, kemajuan terbantut jika salah satu ditinggalkan.
Oleh itu, boikot syarikat yang pemilik bukan
Melayu adalah tidak rasional.
Isu Zakir Naik telah memisahkan kita lagi. Selepas menonton video Zakir Naik, walaupun dia mengulas bahawa
kaum Cina dan India telah membawa kesejahteraan kepada negara ini, tetapi
masalahnya, dia melambangkan kaum Cina dan India sebagai tetamu, dan samakan
statusnya sebagai penduduk tetap dengan warganegara yang berbangsa Cina dan
India.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas niat baik Zakir
Naik tentang sumbangan kaum Cina dan India yang sering dilupakan dalam sejarah
Malaysia. Namun, yang betul kita terima, yang salah kita tegur. Kami merupakan
warganegara Malaysia, bukan tetamu, bukan penumpang. Hanya sebab bangsa Melayu
wujud di tanah ini sebelum bangsa lain, tidak boleh menafikan bangsa lain bukan
warganegara. Hal ini umpama abang sulong dijadikan anak emas, adik-adik lain
dibiarkan walaupun semua memiliki ibu bapa yang sama, hanya kerana abang sulong
dilahir dahulu. Tahukah
anda terdapat teori bahawa manusia berasal dari Afrika? Jika mengikut konsep
siapa datang dulu tanah tersebut dimilik oleh siapa, kita semua pendatang. Bumi
ini miliki orang Afrika. Soalan yang
seterusnya ialah, kamu warganegara Tanah Melayu atau
warganegara Malaysia? (Ya, soalan kepada bangsa Cina ialah dia
warganegara Malaysia atau warganegara China. Saya sama dengan kamu, tidak suka
warganegara Malaysia yang tidak mengaku Malaysia sebagai negara mereka.)
Jika status warganegara anda sering dicabar oleh orang lain, sumbangan anda
sentiasa dilupakan, tidak hairan anda akan berasa marah. Sila jangan salah
faham. Saya bukan bercita-cita memberi alasan atas perbuatan atau reaksi bangsa
Cina dan India yang melampaui. Salah tetap salah.
Oleh itu, harap kita semua boleh cuba memahami sebab orang
lain mengamuk.
没有评论:
发表评论